General

Previu Bufet Ramadan: Sajian Warisan Bonda di ParkInn by Radisson Putrajaya

January 28, 2025

Previu Bufet Ramadan bertemakan Sajian Warisan Bonda berlangsung cukup meriah.

Protasco Active photograph: Previu Bufet Ramadan: Sajian Warisan Bonda di ParkInn by Radisson Putrajaya
Protasco Active photograph: Previu Bufet Ramadan: Sajian Warisan Bonda di ParkInn by Radisson Putrajaya

Previu Bufet Ramadan bertemakan Sajian Warisan Bonda berlangsung cukup meriah. Kehadiran Pengerusi Eksekutif Protasco Berhad Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen, pengurusan hotel, rakan media, pempengaruh, tetamu korporat dan artis tempatan juga turut memeriahkan majlis.

Menu seperti Rendang Itik, Asam Pedas Tulang, Patin Tempoyak, Siput Sedut Masak Lemak, Kambing Golek, Udang Galah Goreng serta pelbagai masakan lain merupakan garapan khas oleh RBG yang diketuai Chef Faizul. Tetamu turut dihiburkan oleh duo The Sophisticates yang mendendangkan lagu-lagu pilihan sepanjang malam.

Menu bufet Ramadan ini akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadan bermula 2 Mac 2025 sehingga 28 Mac 2025.

Read the original article ↗