Events

Protasco Santuni Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru

February 15, 2018

Pada 2 Februari 2018, Protasco telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengadakan aktiviti amal…

Protasco Active photograph: Protasco Santuni Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru
Protasco Active photograph: Protasco Santuni Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru

Pada 2 Februari 2018, Protasco telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengadakan aktiviti amal bergotong-royong bersama seramai lebih 40 orang penghuni PAWE bersempena pelancaran Program Sukarelawan kakitangan Protasco Berhad.

Program ini yang dihadiri oleh seramai 36 orang sukarelawan dari Protasco Berhad, diadakan bertujuan untuk mendekatkan hubungan dengan warga emas, sekaligus menggembirakan hati mereka. Syarikat juga menyampaikan sumbangan berupa pembinaan dan pemasangan kabinet dapur untuk kegunaan PAWE. Pelbagai aktiviti lain juga telah dijalankan antaranya senamrobik dan sesi beramah mesra bersama ahli-ahli PAWE.

Read the original article ↗