Maintenance

Roadcare Jalankan Usahasama Mengurangkan Kadar Kemalangan Melalui Inisiatif 'Coffee Break'

June 20, 2019

Pada 30 Mei 2019, program Coffee Break sempena Hari Raya Aidilfitri telah dilancarkan di Stesen Minyak Petronas Jalan…

Protasco Active photograph: Roadcare Jalankan Usahasama Mengurangkan Kadar Kemalangan Melalui Inisiatif ‘coffee Break'
Protasco Active photograph: Roadcare Jalankan Usahasama Mengurangkan Kadar Kemalangan Melalui Inisiatif ‘coffee Break'

Pada 30 Mei 2019, program Coffee Break sempena Hari Raya Aidilfitri telah dilancarkan di Stesen Minyak Petronas Jalan Tras 1, Bentong, Gua Musang (FT08), Bentong, Pahang pada jam 3.30 petang. Program ini merupakan inistif pihak Roadcare (M) Sdn Bhd bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengguna Jalan Persekutuan untuk berhenti berehat sambil menikmati kopi secara percuma bagi menghilangkan keletihan setelah memandu. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir.

Program Coffee Break juga telah diadakan di tiga lokasi lain iaitu di Stesen Minyak Shell Taman Uda, FT 256 Lebuhraya Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah, Stesen Minyak Petron Klebang Ipoh, FT001 Sek 607 dan juga Stesen Minyak Petronas Tol Ayer Keroh, FT 143 Lebuh Ayer Keroh Seksyen 10 di Daerah Melaka Tengah.

Read the original article ↗